Tuesday, January 11, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wtb,Alhamdulillah setelah sekian lama menjalankan perniagaan melibatkan urus niaga jual beli tanah akhirnya tercetus idea untuk mengembangkan bisnes ini secara online.Blog ini dibina bertujuan memudahkan lagi para pembeli yang berminat untuk melihat pelbagai jenis tanah,harga dan sebagainya serta untuk rujukan para pembeli.Dengan terciptanya blog ini diharap para pembeli yang berminat mengenai urus niaga jual beli tanah dapat menfaatkanya sebaik yang mungkin.Saya juga meminta agar pihak dari tuan puan dapat memberi idea-idea yang baru mengenai urus niaga jual beli tanah serta komen-komen yang membina bagi sama-sama lah kita mengembangkan lagi urus niaga ini untuk pasaran hadapan serta generasi yang akan datang.Selain itu seperti yang kita tahui,seseorang individu yang memiliki tanah mempunyai masa depan yang agak cerah,kerana harga tanah akan sentiasa berubah mengikut keadaan dan sesuatu tempat jika terdapat sesuatu pembangunan yang akan bakal dibina dan menjadi lebih mahal jika tanah tersebut mempunyai nilai estetika yang agak tinggi.Di dalam Al-Quran juga ada menyebut bahawa jika seseorang inidividu mempunyai tanah,maka haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk menjamin kehidupan umat manusia tidak kira pada waktu sekarang atau masa hadapan.Akhir kata dari saya marilah kita menggunakan tanah yang kita perolehi dengan sebaik yang mungkin dan membeli tanah tidak akan merugikan anda kerana ia amat berharga kepada kita untuk masa hadapan.Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment